Tabung Tunang....;-)

Mass Communication | INTI International University

Mass Communication | INTI International University

Jom kita sambung belajar kat sini

Biasiswa juga disediakan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan...

HAPPY NEW YEAR

Salam sejahtera,

Selamat datang tahun 2014 dan selamat tinggal tahun 2013.

Nampaknya umur pun akan bertambah la tahun  ni,huhuu.....
Sepanjang tahun 2013, ada kenangan yang indah dan tidak kurang juga kenangan perit untuk dilalui.
#KENANGANINDAH
-Akan diingat sampai bila2 selagi minda masih berfungsi

#KENANGANPERIT
- Tak perlu diingat........!!!

DH tak suka pasang-pasang azam ni cuma DH berharap tahun 2014 akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga kita semua akan lebih matang selari dengan peringkat umur, beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat, Amin.........;-)

* Untuk rujukan kita semua..........;-)



PATSKOM 2013

Salam sejahtera............;-)



Patskom ialah Penyata Akaun Tahunan Sekolah Berkomputer yang perlu dikemaskini sebelum Audit Tahunan diljalankan. Seperti tahun lalu, DH diarahkan oleh pentadbir untuk menguruskan Patskom di SK Kerayong Jaya, Pahang.

Memandangkan Program bermula pukul 8 so pkl7 DH dah kena gerak(xsuka sampai lewat ti sume owg pandang, malu woooo......).

Seramai 8 orang fasililator dihantar untuk membantu melicinkan proses ini. Laptop dan aplikasi PATSKOM dibuka DH dibantu oleh CC PPD BERA. Pukul 10 berhenti rehat selama setengah jam dan pukul11 patskom DH selesai( bangga giler masa ni, DH siap bersorak&bertepuk tangan tanda kemenangan).

HADIAH UNTUK ANDA.....;-)

Assalammualaikum.....

Ok dengan berbesar hati dan tulus ikhlasnya DH nak bagi item dalam picture kat bawah ni free je untuk anda semua, tup-tup free gift dh smpi depan pintu xpayah bayar pape kos pos pun DH tanggung........;-)

Syarat-syarat nak menang Free gift ni cukup senang anda-anda semua cuma perlu FOLLOW DH(syarat utama) dan KOMEN(komen yg membina ye)....

Macamana nak follow,senang je.... Kat atas tu ade button "follow" click je kat situ, kalau nak komen kat bawah ni ye.......;-)

"Antara Free gift yang anda akan terima"

- Thermometer(betul ke ejaan ni)
- Sticker
- Fridge magnet(3pcs)
- Accesori telefon
- Mask
- Naturgo mask
#P/S,
-DH cukup suka guna mask ni nak2 yang warna oren tu, bila letak kat muka bau oren tenang je......;-)

JOM 'FOLLOW' & 'KOMEN'
http://diarihati04.blogspot.com


http://diarihati04.blogspot.com

GURU GANTI 2014

Pada bulan 12 setiap tahun semua Sekolah mesti akan dapat Borang Anggaran Keperluan Guru Ganti. Masa ni la kepakaran menilik dari Guru Besar @ GPK 1 diperlukan.Guru Besar & GPK 1 DH ni lelaki tau, malu plak bila dengar diaorang berbincang....:-)

Anggaran ni diperlukan untuk PPD mohon peruntukan tahun 2014. Sebab tu ade yang pernah mohon Guru Ganti perpuluh kali tapi tak pernah dipanggil. Gaji Guru Ganti akan dibayar oleh PPD bukan AG seperti kakitangan tetap.

Setelah DH dapatkan nama-nama guru yang terlibat dari GPK1, DH perlu sediakan surat litup untuk dimajukan ke PPD. Antara nama-nama yang terlibat ialah :-
1) Pn. Noriza  (3bulan)
2) Pn. Rosnawati (1bulan)
3) Pn Thilagawathi (5bulan)
4) Pn Rawaida ( potensi untuk mengandung )
5) Pn Shuhada (4bulan)
*untuk no.1-4 jawatan GURU, N0.5 ni jawatan PEMBANTU PENGURUSAN MURID

Gaji mengikut kelulusan RM54.00 perhari (SPM)


SHAKE n TAKE

Salam sejahtera.......;-)

Tengok apa yang DH baru beli ni , dah lama tau DH cari benda alah ni.... Tengok macam menarikkan mana x nye lepas blend siap boleh terus minum sebab tu nama alat ni SHAKE n TAKE...... 

Eyhh, macamne nk minum straw dia kat mne....??? kan kat penutup tu ade straw just kepak ke atas then terus minum......;-)

Harga cuma RM50 je untuk 2 balang tau, Ritu de gak guna khidmat abang google memang ade hasil tapi harga membebankan rakyat RM65 termasuk pos tapi untuk 1 balang xingat fb sape..........;-)

SHAKE n TAKE 

yg ni harga boleh tahan tapi xmasuk pos lagi... Poslaju RM10 sebab berat dia saja dah 1.19kg (berat tau)
@sumber fb Farina Eva

KERABU MANGGA

Salam sejahtera.........;-)

Entri DH untuk kali ni mesti korang dah tau pasal ape ann.....(Rujuk tajuk)

Petang semalam jiran sebelah umah datang siap bawa buah mangga nak ajak mencolek+berbual kosong la tu. Meriah giler mak DH siap bentang tikar kat depan umah dah macam berkelah lak haa......

Pagi tadi buka peti ais nampak mangga muda apa lagi terus terbayangkan..........(apakah itu)

Jom try Resepi Mangga versi DH


BAHAN-BAHAN 

2 Biji Mangga Muda dicincang 
3 Biji Bawang Merah dihiris halus 
1 Batang Bunga Kantan dihiris halus 
1 Batang Serai dipotong nipis 
5-10 Biji Cili Padi dihiris nipis(ikut citarasa kalau nak pedas tambah cilinya) 
8gram Udang kering@Udang Geragau ditumbuk kasar 
10gram Kacang Tanah disangai dan ditumbuk kasar 
2 Biji Buah limau kasturi(ambil air Perahannya, DH xsuka guna sos ikan sebab bau hanyir) 
Gula & Garam secukup rasa 

Masukkan semua bahan-bahan di atas, gaulkan lagi sehingga sebati. 


Sedia dihidang dan selamat mencuba.......:-)

Emas oh Emas

Entri DH hari ni pasal EMAS, Haaa,teruja tak kalau emas tu murah.....

Semalam DH kua keja awal sikit sebab nak hantar abah g klinik(mithali gilerkan,huahaaha). Dari pahang ke N.Sembilan jauh giler ye dak, padahal 1/2jam je pun.

Sementara tunggu abah settlekn date with doctor dia tu, DH pun on la FB jari-jari pun turut menggedik menaip "LEE WAH GOLDSILVER" harga emas walk in dia RM123 segram, murah giler....

Berbekalkan azam yang tinggi, mulut DH pun manis je masa tu ajak mummy n abah g K.Pilah. Nasib baik my parent "on aje". Sebelum gerak kitorang solat & makan dulu. 

Dari BBS ke Pekan K.Pilah ni dalam 1/2jam dalam perjalanan tu boleh lak singgah beli durian tepi jalan. 5biji RM40je.

Pkl 3 sampai la kat kedai berkenaan. Sebenarnya kat pekan K.Pilah ni banyak tau kedai emas so rajin-rajinkan lah mulut bertanya dan tawar menawar. 

Semua kedai emas kat Pekan K.Pilah ni aku masuk hajat dihati nak cari set CHANEL, akhirnya jumpa tapi bukan kat kedai LEE WAH. Sebab kat kedai ni ade semua set CHANEL dan upah dia murah untuk 4item(Rantai tangan, Subang, Cincin, loket) ni dia cuma caj RM150, ok kan... 


                                          LOKET
                                                    SUBANG
                                          CINCIN
P/S : sorry pic rantai tangan xpat nak buh kat entri ni, hp prob,huhuu.........;-(

    "IT'S REALLY AWESOME"


Diari Hati

     Assalamualaikum dan salam sejahtera,

DH baru bermula dengan dunia blogger ni pada bulan 11 tahun 2013, sebab utama DH join berblogger ni malas nak beli diari info+mengikut peredaran zaman........;-)

DH berasal dari Perak sempadan Pulau Pinang tapi dah stay Pahang sempadan Negeri Sembilan dari umur 2tahun. Adik beradik 4orang je, 2lelaki dan 2 perempuan DH anak ke-3.

DH bekerja di sektor Awam di bawah Suruhanajaya Perkhidmatan Pelajaran. Semenjak bekerja di sektor awam ni alhamdulillah bertahan lama kalau tak cukup setahun DH dah cari kerja lain gara-gara mahukan pengalaman dan menambah pengetahuan.



Menantikan tahun 2014 dengan ..........